Salam 1Malaysia

Selamat melayari blog KRT Kg Piasau Kota Belud Sabah , semoga dengan adanya Blog ini berita-berita aktiviti KRT Kawasan Kg Piasau dan KRT lain kawasan boleh dapat berkongsi idea dan aktiviti





Khamis, 5 Januari 2012

PROGRAM XPDC BERBASIKAL - RUKUN TETANGGA DAN PMBC KG PIASAU




Bersama dengan Pengerusi KRT , Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK
 
Pada 9 - 10 Dis 2011 Program Expedesi Berbasikal telah diadakan dari Kg Piasau ke Taman Negara Sayap kira-kira 34 KM ( 68 KM ) , Penganjur bersama antara Rukun Tetangga, Kampung Piasau dengan Kelab Berbasikal Kg Piasau - Piasau MTB Bikers Club ( PMBC ) telah disertai 17 penunggang .

Pelepasan peserta telah dilakukan oleh Pengerusi Rukun Tetangga Kg Piasau ( Pn Lilin Sikin ) disaksi oleh Ketua Kampung ( En Jeff Kuloi ) dan Pengerusi JKKK Kg Piasau ( En Pillim Goporoi ), dalam ucapan pengerusi KRT menyatakan bahawa Program ini dapat memberi ruang kepada generasi muda untuk menceburkan diri dalam sukan lasak serta mengisi masa lapang yang berfeadah, manakala En Jeff , ( Ketua Kampung ) berbangga akan semua peserta ini menyahut cabaran lasak, sementara itu En Pilim ( Pengerusi JKKK ) menasihati agar sepanjang program ini semua peserta dalam keadaan baik, menjaga keselamatan diri.

Peserta bergambar dengan En Koboi M














Terdahulu dalam ucapan pengerusi XPDC ini En Sandang Gunsalam ( Biro Sukan dan Riadah, KRT Piasau ) memberi tahu bahawa program ini dianjurkan atas minat dan pengisian program ahli KRT / Kelab Berbasikal Kg Piasau dan akan menganjur banyak lagi program seumpama ini dengan kerjasama Kelab-kelab Berbasikal di Daerah Kota Belud.

Kira-kira jam 6.00 pagi, semua peserta telah berhimpun di persimpangan jalan ( Simpang 4 ) dilepas kira-kira jam 7.00 pagi , Perjalanan menuju ke Taman Negara Sayap melibatkan 4 buah Kampung iaitu Nabaha, Telungan, Terintidon, dan Sayap, dengan 90 % jalannya belum berturap, dengan ketinggian cerun 45 darjah.

Rombongan XPDC ini disambut dan diberi layanan minuman ringan dari Belia KRT Kg Sayap sebelum meneruskan kayuhan ke Taman Negara ( Destinasi terakhir ), kira-kira jam 3.10 petang barulah rombongan ini sampai di Taman Negara.

Berbagai pengisian aktiviti diadakan, selain melawat dan bermandi di Air Terjun Kemantis Waterfall – berjalan kaki kira-kira 870 meter, pertandingan-pertandingan seperti Displin Halangan, Displin Imbangan, Cabaran lalu cerun – 60 darjah telah dijalankan.

Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar, serta mendapat sokongan moral dan motivasi dari En Koboi M – ( pengayuh basikal lasak / berpengalam dalam pertandingan basikal di Asia/Malaysia/Sabah ) , semua rombongan bergerak balik dan sampai ke Kampung Piasau pada 10 Dis 2011 kira-kira jam 2.00 petang.

















Air Terjun : Kemantis Waterfall - 870 meter dari Pusat Perkhemahan






Perbincangan / seimbang pada waktu malam






















Peserta bersama dengan En Koboi M,serta tenaga sokongan










Sila layar facebook : beritapiasau@yahoo.com.my - Piasau MTB Bikers Club untuk mendapatkan gambar-gambar Program XPDC Piasau - Taman Negara Sayap 2011

Rabu, 8 Jun 2011

PEJABAT OPERASI KRT KG PIASAU / SEJARAH RINGKAS KRT KG PIASAU



















Tahniah dan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan dan Integerasi Nasional kerana memperuntukkan sebuah bangunan baru berukuran 50" X 60 " bertempat di tapak Balai Raya lama Kg Piasau Kota Belud.

Sejarah Penubuhan KRT KG Piasau 

Sejarah penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Kampung Piasau bermula pada tahun 2006 , hasil dari ilham Puan Doris Bt Limun ( Seorang Pendidik / Guru ) , lanjutan dari idea ini satu jawatankuasa telah dibentuk untuk merealasasikan Rukun Tetangga di Kampung Piasau , pada 22 Julai 2006 bertempat di Dewan Serbaguna , penduduk Kampung Piasau telah dijemput untuk bermesyuarat dan menyatakan hasrat ini.


Puan Doris Limun , selaku pencetus ilham ini mewakili Ketua Kampung Piasau disaksikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Kota Belud Encik Mohd Bisi Jamit telah memberi penerangan dan tujuan Penubuhan Rukun Tetangga tersebut, hasil dari pertemuaan tersebut seramai 25 orang Jawatankuasa Penaja telah dipilih bagi meneruskan usaha untuk mendapatkan Kelulusan dan Pewartaan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasinoal, Malaysia.

Puan Lilin Sikin ( Pengerusi Penaja ) bersama Jawatankuasanya telah membuat permohonan secara rasmi ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Putrajaya, Kuala Lumpur ) , usaha ini telah berhasil apabila pada tarikh 23 Mac 2007 surat rujukan : JPN 02/519/13.11(38) melalui Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah telah menyatakan bahawa berkuatkuasa 06 April 2007 ( Jumaat ) dibawah Akta Darurat ( Kuasa-Kuasa Perlu ) 1979 Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga ) 1975 dan Notis Penetapan Kawasan Rukun Tetangga dibawah Peraturan 5A Ketua Pengarah Rukun Tetangga menetapkan bahawa Kawasan Rukun Tetangga, Kampung Piasau telah disahkan sebagai satu Kawasan Rukun Tetangga.

Perihal Kawasan Rukun Tetangga / rondaan ini meliputi persempadanan bermula mengikut arah jarum jam, dipertemuaan Sungai Kadamaian dan berakhir di tempat permulaan ( Rujuk pada pelan yang disertakan )



Selasa, 4 Januari 2011

SUKANEKA NATAL DAN RUMAH TERBUKA NATAL 2010( KG PIASAU KOTA BELUD )

Pada 27 Dis 2010 ( Isnin ) , Sukaneka Natal 2010 telah dilangsungkan  di Padang Dudan Kota Belud, Program sehari ini telah dijalankan secara gabungan dari berbagai pihak termasuklah Rukun Tetangga di Kampung ini, seawal jam 07.30 pagi lagi jawatankuasa rumah-rumah sukan telah bersiap sedia menyediakan jaudah / makanan dan menyusun ahli dalam jenis - jenis sukaneka  yang dijalankan.

Terdapat empat pasukan / rumah telah disediakan ( GEDION, DAUD, SIMSON dan DANIEL ), kira-kira 250 orang telah berkongsi kemeriahan pada majlis ini, walau terik matahari dan hujan turun waktu penutupan tetap meriah, berbagai usia umur dan suku telah menyertai acara ini.

Selain pertandingan sukaneka, jualan tiket bertuah juga telah disediakan dengan hadiah utama berupa " 1 set handphone " , teka biji menjadi pengisi majlis sehari ini.

Sukaneka Natal dan Rumah Terbuka Natal ini merupakan majlis kemuncak Program Natal di Kampung Piasau setiap tahun, berbagai agensi , NGO, Gereja , perseorangan membantu menjayakan majlis ini, di harap majlis ini terus menyumbang perpaduan warga Kg Piasau dan masyarakat luar.


Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan diharap dapat merealasasikan sukaneka ini kepada satu slot untuk memupuk perpaduan dan teloransi fahaman agama khusus peringkat kampung, daerah dan Malaysia amnya.


Isnin, 3 Januari 2011

KARNIVAL RUKUN TETANGGA 1MALAYSIA - SEMPENA LAWATAN INTEGERASI NASIONAL DARI WARGA SARAWAK

Pada 08 Dis 2010, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Cawangan Kota Belud ) telah menganjur Karnival Rukun Tetangga 1Malaysia di Padang Pekan Kota Belud, disamping itu pengisian program diseri dengan sambutan teman-teman  dari Negeri Sarawak ( Lawatan Integerasi Nasional ), dianggarkan seramai lebih 100 orang.

Program sehari ini telah dirasmi oleh YB Datuk Japlin Akim ( ADUN N.08 Usukan - Pembantu Menteri Infrastuktur Negeri Sabah ) , dalam ucapan perasmian YB Datuk, warga Kota Belud khususnya Kawasan-kawasan Rukun Tetangga sangat beruntung dan berpeluang untuk mempromosikan budaya, hasil kraftangan serta pondok-pondok tradisonal kepada umum juga kepada para rombongan lawatan Integerasi Nasional dari Negeri Sarawak.

YB Datuk Japlin Hj Akim telah diiringi oleh Jawatankuasa pelaksana telah membuat lawatan ke pondok-pondok Rukun Tetangga sambil beremah mesra dengan warga Rukun Tetangga.

Pada Majlis ini Jawatankuasa pelaksana Karnival RT 1Malaysia ( JPNINS - Cawangan Kota Belud ), telah menyediakan beberapa hadiah bagi kategori yang dipertandingkan, seperti Pondok Tradisonal dan pengisian budaya, berbagai hasil tani, kraftangan telah dipromosi dan dijual kepada para pengunjung.

Bagi Kawasan Rukun Tetangga Kg Piasau Kota Belud amat berbangga apabila dinobatkan sebagai pemenang ketiga apabila diumumkan pada akhir program tersebut, hadiah kemenangan ini amat bermakna untuk memotivasikan pentadbiran Rukun Tetangga Kg Piasau agar terus menjadi wadah dalam hubungan masyarakat dan kerajaan. 


Khamis, 23 September 2010

PROGRAM HARI 1MALAYSIA KRT KG PIASAU

 Program Hari 1Malaysia anjuran Rukun Tetangga Kg Piasau diseri dengan beberapa pengisian acara antaranya ialah Konvoi bermotor dengan berarakan mengelilingi perkampungan sejauh 6 KM didahului dengan Kenderaan Jabatan Penerangan sambil memainkan lagu-lagu Patirotik.

Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud Encik Mohd Bisi Jamit selaku tetamu jemputan pada Program ini pada ucapan perasmiannya menyeru agar rakyat akan terus menghayati erti Kemerdekaan, dengan penganjuran seumpama ini juga membolehkan penduduk / masyarakat akan terus memberi sokongan kepada pemimpin kita yang terdahulu yang berusaha memerdekakan Negara kita dari penjajah.
Beliau juga merakamkan setinggi terima kasih kepada Jawatankuasa Rukun tetangga Kg Piasau kerana berjaya melaksana program ini, sekurang-kurangnya fahaman konsep 1Malaysia dan erti Kemerdekaan dapat disemai bermula dari generasi kanak-kanak hingga orang dewasa.
Terdahulu dalam majlis ini Pengerusi Pelaksana En Suadik Nuar dalam ucapannya , merakamkan ucapan syukur kepada Tuhan kerana dengan kestabilan politik serta kehormonian warga malaysia peluang untuk merayakan Hari Kemerdekaan dapat dirasai tanpa gangguan dari anasir luar , bersempena dengan Hari 1Malaysia ( Pembentukan Malaysia ) pada 16 Sept dan Kemerdekaan Malaysia ke 53 , beliau menyeru kepada masyarakat Warga Kampung Piasau amnya dapat hidup dengan rukun saling membantu sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan 2010 " 1Malaysia Menjana Transformasi " .

Sekalung terima kasih kepada Jabatan Perpaduan dan Integersi Nasional ( Pengarah Perpaduan ) dan Kakitangan JPIN Kota Belud kerana memberi peluang kepada Kawasan Rukun Tetangga Kg Piasau untuk menjayakan majlis julung kali melalui peruntukan kewangan ( waran khas .)
Dengan penyerahan Jalur Gembilang ( Bendera saiz kecil ) dan pelepasan Konvoi oleh PPD En Mohd Bisi Jamit menandakan program

ini dirasmi , disamping pengisian acara lain dilangsungkan seperti pertandingan mewarna sekitar umur 5 hingga 6 tahun ( Tadika ), Anugerah Anak-Anak Merdeka ( Lahir pada 31 Ogos dan 16 Sept ) dan Persembahan mendiklamasi Sajak Kemerdekaan.

Turut serta dalam menjayakan Program Hari 1Malaysia bagi KRT Kg Piasau , ialah Pengerusi Rukun Tetangga Kg Piasau sendiri ( Puan Lilin Sikin ), Pengerusi JKKK En Pilim Goporoi , semua JK RT KG Piasau serta masyarakat Kg Piasau.

Gambar-Gambar Semasa Program Hari 1Malaysia

Rabu, 25 Ogos 2010

SUKAN MENGERATKAN KEKELUARGAAN DAN KESIHATAN

Pada 22 Ogos 2010 ( Ahad) , Satu ciri persahabatan Bola Sepak Wanita telah dilangsungkan di Padang Kg Piasau Kota Belud antara KRT Ranggalau dan KRT Piasau .

Keputusan pada pelawanan persahabatan ini, KRT Kg Piasau telah mengalahkan KRT Ranggalau dengan Jaringan 4 - 0 , Gabungan tenaga dari Biro Jiran Muda dengan Jiran Wanita KRT Kg Piasau menafikan kekentalan barisan pemain KRT Ranggalau, dengan kelincahan dan tenaga baru pemain muda cik Zayena Jimin telah menyumbatkan kesemua gol tersebut.

Jurucakap pada pelawanan persahabatan ini juga merupakan Pengerusi Biro Jiran Wanita Rukun Tetangga, Kg Piasau  Puan Suaing Ubud, menjelaskan bahawa perlawanan persahabatan ini merupakan ikatan kekeluargaan antara dua kawasan, juga aktiviti hujung minggu kepada semua wanita di Kampung Piasau, disamping itu sekurang-kurangnya aktiviti sebegini memberi kesihatan.

Turut serta dalam barisan pasukan KRT Piasau ialah Pengerusi Rukun Tetangga Kg Piasau Puan Lilin Sikin dan Pengerusi Biro Jiran Wanita KRT Ranggalau, Kota Belud.

Barisan KRT Piasau dan KRT Ranggalau KB
Penjaring Utama Cik Zayrona Jimin
Pengerusi KRT Puan Lilin S
Pengerusi Biro Jiran Wanita KG Piasau ( Pn Suaing U - PSC )
      

CERAMAH RASHIA TEKNIK BELAJAR

Ceramah rashia teknik belajar anjuran Score A Tuition Centre Kota Belud dengan Kerjasama BIRO PENDIDIKAN Rukun Tetangga, Kg Piasau Kota Belud, Sabah telah diadakan pada 24 Julai 2010 di Dewan Serbaguna Kg Piasau Kota Belud, Sabah.

Dianggarkan seramai 70 pelajar termasuk ibubapa telah menghadiri acara tersebut, acara yang bermula dari  jam 02.30 petang dan berakhir pada jam 4.40 petang telah dipergunakan sepenuh oleh para pelajar, Ceramah bertajuk 9 rashia teknik belajar telah disampaikan oleh En. Ezone Constantine, pengisian seterusnya ialah : Sesi Soal Jawab ( menjawab soalan ) dikendali oleh Cik Trace Munsu , dengan hadiah misteri bernilai RM300.00.

Slot untuk ibubapa juga telah disampaikan oleh En Ezone, dengan tajuk meningkatkan kualiti minda serta taraf hidup keluarga, fokus ceramah ini membawa kepada ibubapa untuk mencari peluang untuk berniaga sambil belajar menggunakan komputer . 

Secara keseluruhan : Program ini serba sedikit memberi tif kepada para pelajar untuk belajar secara e-pendidikan ( melalui sistem oneline - internet ), Pengerusi Rukun Tetangga Puan Lilin Sikin dan Jawatankuasa  Rukun Tetangga yang lain turut serta dan berpuas hati pada acara ini.