Pada 18 Julai 2010 / bersamaan hari Ahad, Biro Kesihatan Rukun Tetangga Kampung Piasau telah menjemput kakitangan dari Pejabat Kesihatan Kota Belud, Sabah untuk memberi ceramah kesihatan berkaitan penyakit baru yang melanda ketika ini .
Dua Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud iaitu Encik Dwalter John dan En Herman telah memberi penerangan tentang Penyakit Chikungunya - iaitu Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan jenis nyamuk, mereka juga menggalakan masyarakat setempat terutama kawasan-kawasan yang terdedah dengan pembiakan nyamuk ini agar membersihkan kawasan.
Kira-kira 77 hadir pada ceramah, pada sesi ini juga orang ramai diberi kesempatan untuk bertanya berkaitan anasir / gejala pembawa penyakit tersebut , dengan adanya acara sebegini sekurang-kurangnya pengetahuan dan pemahaman berkaitan Penyakit Chikungunya dan lain-lain penyakit dapat dicegah.
Turut serta dalam acara ini ialah Pengerusi JKKK Kg Piasau Kota Belud, Sabah dan Timbalan setiausaha Rukun Tetangga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan