Salam 1Malaysia

Selamat melayari blog KRT Kg Piasau Kota Belud Sabah , semoga dengan adanya Blog ini berita-berita aktiviti KRT Kawasan Kg Piasau dan KRT lain kawasan boleh dapat berkongsi idea dan aktiviti





Sabtu, 12 Disember 2009

Hari Keluarga Rukun Tetangga Kg Piasau 2009

Pada 05 Dis 2009 bersamaan hari Sabtu, Jawatankuasa Rukun Tetangga Kg Piasau telah mengadakan Hari Keluarga Rukun Tetangga 2009 Peringkat Kg Piasau Kota Belud, Sabah. Majlis yang dirasmi oleh En Mohd Bisi Jamit Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud ini adalah Majlis kali pertama dianjurkan sejak Kawasan Rukun Tetangga, Kg Piasau ditubuhkan.

Kira-kira 280 orang dari pelbagai peringkat usia telah hadir ke Dewan Kg Piasau Kota Belud.  PPD dan Pemimpin Masyarakat Kg Piasau telah disambut dengan tarian sambut tamu oleh Jiran Muda , KRT Kg Piasau, terdahulu dari itu lagu Negaraku dan Berjaya telah dipersembahkan oleh KOIR KRT dibawah En Missie Goporoi sebagai bermulanya Majlis tersebut.

Terdahulu dalam ucapan Pengerusi Penganjur Majlis Hari Keluarga Rukun Tetangga 2009 , Kg Piasau iaitu Puan Lilin Sikin, beliau merakam ucapan setinggi terima kasih atas kesudiaan En Mohd Bisi Jamit ( Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Belud ) hadir dan selaku perasmi majlis ini.  Pn Lilin Sikin selaku pengerusi dan mewakili wagra Kg Piasau menyampaikan ucapan setinggi terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  Malaysia khususnya JPNIN Sabah di ketuai Pengarahnya Ybhg En Dirwana Hj Azool atas restu dan kelulusan sebuah Pejabat Pusat Rujukan Sosial KRT Kg Piasau yang dibina pada tahun 2010.

En Mohd Bisi, pada ucapan perasmiannya berterima kasih dan syabas atas penganjuran Majlis ini walaupun dalam keadaan kesibukan pada hujung-hujung tahun 2009 ini warga kg Piasau bersama  Jawatankuasa KRT tetap berjaya menganjur acara ini.

Berbagai acara telah dijalankan pada Majlis ini, bermula pada malam 04 Dis 2009, Pertandingan Karaoke acara kanak-kanak dan terbuka telah dijalankan, pada waktu siang acara Persembahan tarian ( Jiran Muda ), Penyampaian Jasamu dikenang ( Warga Kg Piasau yang berusia keatas 80 tahun / berjasa kepada warga Kg Piasau ) , tiket bertuah .

Turut hadir pada Majlis ini ialah Ketua Kg Piasau En Jeff Kuloi dan Pengerusi JKKK En Pillim Goporoi serta para pemimpin Persatuan di Kg Piasau.