Salam 1Malaysia

Selamat melayari blog KRT Kg Piasau Kota Belud Sabah , semoga dengan adanya Blog ini berita-berita aktiviti KRT Kawasan Kg Piasau dan KRT lain kawasan boleh dapat berkongsi idea dan aktiviti





Rabu, 28 Julai 2010

CERAMAH DAN DIALOG KESIHATAN

Pada 18 Julai 2010 / bersamaan hari Ahad, Biro Kesihatan Rukun Tetangga Kampung Piasau telah menjemput kakitangan dari Pejabat Kesihatan Kota Belud, Sabah untuk memberi ceramah kesihatan berkaitan penyakit baru yang melanda ketika ini .

Dua Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Belud iaitu Encik Dwalter John dan En Herman telah memberi penerangan tentang Penyakit Chikungunya - iaitu Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan jenis nyamuk, mereka juga menggalakan masyarakat setempat terutama kawasan-kawasan yang terdedah dengan pembiakan nyamuk ini agar membersihkan kawasan.

Kira-kira 77 hadir pada ceramah, pada sesi ini juga orang ramai diberi kesempatan untuk bertanya berkaitan anasir / gejala pembawa penyakit tersebut , dengan adanya acara sebegini sekurang-kurangnya pengetahuan dan pemahaman berkaitan Penyakit Chikungunya dan lain-lain penyakit dapat dicegah.

Turut serta dalam acara ini ialah Pengerusi JKKK Kg Piasau Kota Belud, Sabah dan Timbalan setiausaha Rukun Tetangga







Rabu, 21 Julai 2010

Majlis Perjumpaan Pengarah JPIN(N) Sabah

Pertemuan pertama dengan Pengarah Perpaduan dan Integerasi Nasional Negeri Sabah , Puan Nurul Akmalina Bt Hj Shamsuddin di Majlis Perjumpaan bersama dengan AJK Utama Rukun Tetangga Daerah Kota Belud di Dewan Restoran, Rasa Sayang Kota Belud pada malam 16 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat telah memberi sinar baru bagi kawasan-kawasan Rukun Tetangga di Daerah Kota Belud dengan maklumat dan pesanan padat dari Pengarah sendiri.

MEMASYARAKATKAN RUKUN TETANGGA SETEMPAT ada intipati ucapan pengarah, dengan memfokuskan Rukun Tetangga ini sebagai wadah dalam menjalin hubungan yang baik kepada semua Kominiti, berlandaskan Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, dalam pada itu seiring dengan peranan sebagai penghubung kepada masyarakat sesebuah Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga sentiasa tersusun pentadbirannya, lengkap dengan maklumat setempat ( Profail AJK KRT, Rujukan Penduduk dan Semua penduduk di Kampung yang diwakili ) .

Pengarah juga meminta semua Kawasan Rukun Tetangga mengaktifkan aktiviti ( Program Komuniti, Mesyuarat - sekurang-kurangnya enam kali setahun, kehadiran mencapai 25 Ahli sekali mesyuarat ), kerana daripada aktiviti tersebut pihak pengurusan / pentadbiran JPINS(N) Sabah akan menilai dan memberi geran peruntukan sejajar dengan jumlah aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya dengan kehadiran dan pertemuan bersemuka dengan Pengarah baru memberi harapan kepada Kawasan Rukun Tetangga seluruh Sabah, khususnya di daerah Kota Belud dan amnya Kawasan Rukun Tetangga Kg Piasau Kota Belud yang baru genap 4 tahun dalam operasinya, sekurang-kurangnya program yang dirancang dan sudah dilangsung akan terus mendapat sokongan dari pihak pengurusan khususnya Pengarah Perpaduan dan Integerasi Nasional Negeri Sabah juga Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud.

Dari Meja / Pandangan KRT Piasau.





Kaamatan Kg Piasau Kota Belud 2010


Kira-kira 460 orang dari masyarakat Kg Piasau telah hadir merayakan Pesta Kaamatan 2010 yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Kg Piasau pada 26 Jun 2010 yang lalu, Pesta Kaamatan anjuran bersama Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Kg Piasau dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Kg Piasau Kota Belud, Sabah.

Majlis yang bertemakan KOPIGIULUDAN KOIDU KOHUBOTON atau dalam Bahasa Malaysia “ Perpaduan memberi Penyelasaian Masalah “ , dalam ucapan perasmian yang dilakukan oleh En. Longgit Bin Ginsos ( Pemaju Mukim ) N.7 Kadamaian mewakil YB Datuk Herbert Lagadan menyeru agar melalui Perayaan Kaamatan ini tradisi suku kaum Kadazan Dusun yang lama terus dipupuk agar generasi yang baru akan sentiasa menghormati .

Pesta Kaamatan anjuran bersama ini telah menyediakan berbagai acara, bermula pada malam 25 Jun 2010 pertandingan Sugadoi telah dijalankan, seawal pagi berikutnya iaitu 26 Jun 2010 kira-kira jam 07.30 pagi di Padang Dudan telah berlangsung sukan Tradisional antaranya ialah : Misaap Gugundang ( Antara 4 Penjuru ) - 5 Kusai , Misaap Tompurung ( Antara 4 Penjuru ) - 5 Kusai, Migayat Do Lukung ( Antara 4 Penjuru ) - 10 Kusai, selain itu acara Pertandingan Unduk Ngadau 12 tahun kebawah , Anugerah Petani Tertua , Pertandingan Masakan Tradisional dan jualan tiket bertuah turut dilangsungkan .

Penganjur juga telah membuat perubahan pada Pesta Kaamatan tahun ini dengan membahagikan Kg Piasau kepada empat Zon [ Zon Dudan. Zon Lintung, Zon Motondig dan Zon Birang ] mengikut adat Istiadat Suku Kaum Tindal Kg Piasau , zon-zon ini diwujudkan bagi memperkemaskan pentadbiran cara hidangan makanan, dan pengaturan majlis .

Turut hadir pada Pesta Kaamatan kali ini ialah Ketua Kg Piasau En Jeff Kuloi , Pengerusi JKKK En Pillim Goporoi , Pengerusi Rukun Tetangga Puan Lilin Sikin serta rakyat / masyarakat Kg Piasau Kota Belud..