Salam 1Malaysia

Selamat melayari blog KRT Kg Piasau Kota Belud Sabah , semoga dengan adanya Blog ini berita-berita aktiviti KRT Kawasan Kg Piasau dan KRT lain kawasan boleh dapat berkongsi idea dan aktiviti





Rabu, 8 Jun 2011

PEJABAT OPERASI KRT KG PIASAU / SEJARAH RINGKAS KRT KG PIASAU



















Tahniah dan ucapan terima kasih kepada pihak Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan dan Integerasi Nasional kerana memperuntukkan sebuah bangunan baru berukuran 50" X 60 " bertempat di tapak Balai Raya lama Kg Piasau Kota Belud.

Sejarah Penubuhan KRT KG Piasau 

Sejarah penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di Kampung Piasau bermula pada tahun 2006 , hasil dari ilham Puan Doris Bt Limun ( Seorang Pendidik / Guru ) , lanjutan dari idea ini satu jawatankuasa telah dibentuk untuk merealasasikan Rukun Tetangga di Kampung Piasau , pada 22 Julai 2006 bertempat di Dewan Serbaguna , penduduk Kampung Piasau telah dijemput untuk bermesyuarat dan menyatakan hasrat ini.


Puan Doris Limun , selaku pencetus ilham ini mewakili Ketua Kampung Piasau disaksikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah, Kota Belud Encik Mohd Bisi Jamit telah memberi penerangan dan tujuan Penubuhan Rukun Tetangga tersebut, hasil dari pertemuaan tersebut seramai 25 orang Jawatankuasa Penaja telah dipilih bagi meneruskan usaha untuk mendapatkan Kelulusan dan Pewartaan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasinoal, Malaysia.

Puan Lilin Sikin ( Pengerusi Penaja ) bersama Jawatankuasanya telah membuat permohonan secara rasmi ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Putrajaya, Kuala Lumpur ) , usaha ini telah berhasil apabila pada tarikh 23 Mac 2007 surat rujukan : JPN 02/519/13.11(38) melalui Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah telah menyatakan bahawa berkuatkuasa 06 April 2007 ( Jumaat ) dibawah Akta Darurat ( Kuasa-Kuasa Perlu ) 1979 Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga ) 1975 dan Notis Penetapan Kawasan Rukun Tetangga dibawah Peraturan 5A Ketua Pengarah Rukun Tetangga menetapkan bahawa Kawasan Rukun Tetangga, Kampung Piasau telah disahkan sebagai satu Kawasan Rukun Tetangga.

Perihal Kawasan Rukun Tetangga / rondaan ini meliputi persempadanan bermula mengikut arah jarum jam, dipertemuaan Sungai Kadamaian dan berakhir di tempat permulaan ( Rujuk pada pelan yang disertakan )