Salam 1Malaysia

Selamat melayari blog KRT Kg Piasau Kota Belud Sabah , semoga dengan adanya Blog ini berita-berita aktiviti KRT Kawasan Kg Piasau dan KRT lain kawasan boleh dapat berkongsi idea dan aktiviti





Rabu, 21 Julai 2010

Kaamatan Kg Piasau Kota Belud 2010


Kira-kira 460 orang dari masyarakat Kg Piasau telah hadir merayakan Pesta Kaamatan 2010 yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna Kg Piasau pada 26 Jun 2010 yang lalu, Pesta Kaamatan anjuran bersama Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Kg Piasau dan Jawatankuasa Rukun Tetangga Kg Piasau Kota Belud, Sabah.

Majlis yang bertemakan KOPIGIULUDAN KOIDU KOHUBOTON atau dalam Bahasa Malaysia “ Perpaduan memberi Penyelasaian Masalah “ , dalam ucapan perasmian yang dilakukan oleh En. Longgit Bin Ginsos ( Pemaju Mukim ) N.7 Kadamaian mewakil YB Datuk Herbert Lagadan menyeru agar melalui Perayaan Kaamatan ini tradisi suku kaum Kadazan Dusun yang lama terus dipupuk agar generasi yang baru akan sentiasa menghormati .

Pesta Kaamatan anjuran bersama ini telah menyediakan berbagai acara, bermula pada malam 25 Jun 2010 pertandingan Sugadoi telah dijalankan, seawal pagi berikutnya iaitu 26 Jun 2010 kira-kira jam 07.30 pagi di Padang Dudan telah berlangsung sukan Tradisional antaranya ialah : Misaap Gugundang ( Antara 4 Penjuru ) - 5 Kusai , Misaap Tompurung ( Antara 4 Penjuru ) - 5 Kusai, Migayat Do Lukung ( Antara 4 Penjuru ) - 10 Kusai, selain itu acara Pertandingan Unduk Ngadau 12 tahun kebawah , Anugerah Petani Tertua , Pertandingan Masakan Tradisional dan jualan tiket bertuah turut dilangsungkan .

Penganjur juga telah membuat perubahan pada Pesta Kaamatan tahun ini dengan membahagikan Kg Piasau kepada empat Zon [ Zon Dudan. Zon Lintung, Zon Motondig dan Zon Birang ] mengikut adat Istiadat Suku Kaum Tindal Kg Piasau , zon-zon ini diwujudkan bagi memperkemaskan pentadbiran cara hidangan makanan, dan pengaturan majlis .

Turut hadir pada Pesta Kaamatan kali ini ialah Ketua Kg Piasau En Jeff Kuloi , Pengerusi JKKK En Pillim Goporoi , Pengerusi Rukun Tetangga Puan Lilin Sikin serta rakyat / masyarakat Kg Piasau Kota Belud..

 

Tiada ulasan: