Salam 1Malaysia

Selamat melayari blog KRT Kg Piasau Kota Belud Sabah , semoga dengan adanya Blog ini berita-berita aktiviti KRT Kawasan Kg Piasau dan KRT lain kawasan boleh dapat berkongsi idea dan aktiviti





Rabu, 21 Julai 2010

Majlis Perjumpaan Pengarah JPIN(N) Sabah

Pertemuan pertama dengan Pengarah Perpaduan dan Integerasi Nasional Negeri Sabah , Puan Nurul Akmalina Bt Hj Shamsuddin di Majlis Perjumpaan bersama dengan AJK Utama Rukun Tetangga Daerah Kota Belud di Dewan Restoran, Rasa Sayang Kota Belud pada malam 16 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat telah memberi sinar baru bagi kawasan-kawasan Rukun Tetangga di Daerah Kota Belud dengan maklumat dan pesanan padat dari Pengarah sendiri.

MEMASYARAKATKAN RUKUN TETANGGA SETEMPAT ada intipati ucapan pengarah, dengan memfokuskan Rukun Tetangga ini sebagai wadah dalam menjalin hubungan yang baik kepada semua Kominiti, berlandaskan Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975, dalam pada itu seiring dengan peranan sebagai penghubung kepada masyarakat sesebuah Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga sentiasa tersusun pentadbirannya, lengkap dengan maklumat setempat ( Profail AJK KRT, Rujukan Penduduk dan Semua penduduk di Kampung yang diwakili ) .

Pengarah juga meminta semua Kawasan Rukun Tetangga mengaktifkan aktiviti ( Program Komuniti, Mesyuarat - sekurang-kurangnya enam kali setahun, kehadiran mencapai 25 Ahli sekali mesyuarat ), kerana daripada aktiviti tersebut pihak pengurusan / pentadbiran JPINS(N) Sabah akan menilai dan memberi geran peruntukan sejajar dengan jumlah aktiviti yang dijalankan.

Sesungguhnya dengan kehadiran dan pertemuan bersemuka dengan Pengarah baru memberi harapan kepada Kawasan Rukun Tetangga seluruh Sabah, khususnya di daerah Kota Belud dan amnya Kawasan Rukun Tetangga Kg Piasau Kota Belud yang baru genap 4 tahun dalam operasinya, sekurang-kurangnya program yang dirancang dan sudah dilangsung akan terus mendapat sokongan dari pihak pengurusan khususnya Pengarah Perpaduan dan Integerasi Nasional Negeri Sabah juga Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud.

Dari Meja / Pandangan KRT Piasau.





Tiada ulasan: