Salam 1Malaysia

Selamat melayari blog KRT Kg Piasau Kota Belud Sabah , semoga dengan adanya Blog ini berita-berita aktiviti KRT Kawasan Kg Piasau dan KRT lain kawasan boleh dapat berkongsi idea dan aktiviti





Khamis, 23 September 2010

PROGRAM HARI 1MALAYSIA KRT KG PIASAU

 Program Hari 1Malaysia anjuran Rukun Tetangga Kg Piasau diseri dengan beberapa pengisian acara antaranya ialah Konvoi bermotor dengan berarakan mengelilingi perkampungan sejauh 6 KM didahului dengan Kenderaan Jabatan Penerangan sambil memainkan lagu-lagu Patirotik.

Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud Encik Mohd Bisi Jamit selaku tetamu jemputan pada Program ini pada ucapan perasmiannya menyeru agar rakyat akan terus menghayati erti Kemerdekaan, dengan penganjuran seumpama ini juga membolehkan penduduk / masyarakat akan terus memberi sokongan kepada pemimpin kita yang terdahulu yang berusaha memerdekakan Negara kita dari penjajah.
Beliau juga merakamkan setinggi terima kasih kepada Jawatankuasa Rukun tetangga Kg Piasau kerana berjaya melaksana program ini, sekurang-kurangnya fahaman konsep 1Malaysia dan erti Kemerdekaan dapat disemai bermula dari generasi kanak-kanak hingga orang dewasa.
Terdahulu dalam majlis ini Pengerusi Pelaksana En Suadik Nuar dalam ucapannya , merakamkan ucapan syukur kepada Tuhan kerana dengan kestabilan politik serta kehormonian warga malaysia peluang untuk merayakan Hari Kemerdekaan dapat dirasai tanpa gangguan dari anasir luar , bersempena dengan Hari 1Malaysia ( Pembentukan Malaysia ) pada 16 Sept dan Kemerdekaan Malaysia ke 53 , beliau menyeru kepada masyarakat Warga Kampung Piasau amnya dapat hidup dengan rukun saling membantu sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan 2010 " 1Malaysia Menjana Transformasi " .

Sekalung terima kasih kepada Jabatan Perpaduan dan Integersi Nasional ( Pengarah Perpaduan ) dan Kakitangan JPIN Kota Belud kerana memberi peluang kepada Kawasan Rukun Tetangga Kg Piasau untuk menjayakan majlis julung kali melalui peruntukan kewangan ( waran khas .)
Dengan penyerahan Jalur Gembilang ( Bendera saiz kecil ) dan pelepasan Konvoi oleh PPD En Mohd Bisi Jamit menandakan program

ini dirasmi , disamping pengisian acara lain dilangsungkan seperti pertandingan mewarna sekitar umur 5 hingga 6 tahun ( Tadika ), Anugerah Anak-Anak Merdeka ( Lahir pada 31 Ogos dan 16 Sept ) dan Persembahan mendiklamasi Sajak Kemerdekaan.

Turut serta dalam menjayakan Program Hari 1Malaysia bagi KRT Kg Piasau , ialah Pengerusi Rukun Tetangga Kg Piasau sendiri ( Puan Lilin Sikin ), Pengerusi JKKK En Pilim Goporoi , semua JK RT KG Piasau serta masyarakat Kg Piasau.

Gambar-Gambar Semasa Program Hari 1Malaysia

Tiada ulasan: